Ads Top

Main Ad

Lukis Lakaran Atas Karpet Guna Jari, Sharifah Sharifah Teruja Bakat Airra Yang Hebat

Pelakon dan juga penyampai radio Sharifah Shahira berkongsi bakat salah seorang anaknya, Airra apabila berjaya menghasilkan ‘lukisan’ yang dilakar pada hamparan permaidani dalam biliknya menggunakan jari.

Advertisement

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Sharifah Shahira atau mesra disapa Shiera terkejut dan teruja sewaktu masuk ke bilik anaknya itu dan terlihat lukisan berupa potret salah seorang pelakon drama Netflix popular, Jung Ho-yeon yang dilakar di atas permaidani.

Wow. Airra Lukis atas karpet. Cantiknya. Aku boleh lukis orang lidi jer.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Bagaimanapun, ujar kakak kepada pelakon, Sharifah Sakinah itu, lakaran potret pelakon asal Korea Selatan itu telah dipadam Airra atau nama lengkapnya Airra Zulkifly tidak lama kemudian.

Ramai suruh bingkaikan gambar yang Airra Lukis atas karpet bilik dia. Tapi dia dah padam. Dia cakap sejam nak lukis.

Menjengah dalam ruangan komen, bakat yang dimiliki Airra turut mendapat perhatian dalam kalangan rakan-rakan selebriti apabila memberi pujian kepadanya.

Memang berbakat Airra ni!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Lukis Lakaran Atas Karpet Guna Jari, Sharifah Sharifah Teruja Bakat Airra Yang Hebat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.