Ads Top

Main Ad

“Macam Anak Patung Muka Anak Que” – Mencuri Perhatian, Que Haidar Kongsi Video Menari Bersama Ratu

Pelakon berbakat Que Haidar memuat naik perkongsian video tarian bersama anak perempuannya, Tengku Ratu Haidar bersempena sambutan hari lahir puterinya itu yang ke-12.

Advertisement

Que haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar memuat naik hantaran video tersebut menerusi applikasi TikTok miliknya untuk tatapan umum.

Que Haidar

Video tersebut telah mencapai 1.4 juta tontonan di laman sosial tersebut. Sementara itu di ruangan komen, ramai netizen yang memuji wajah Rati yang cantik dan sangat mirip dengan penyanyi popular Selena Gomez sewaktu kecil.

Malah, ada juga peminat yang berasa rindu mereka pada ibu Ratu terubat apabila melihat telatah Ratu yang pandai menari seakan ibunya Linda Jasmin yang merupakan guru tari dan koreografer.

Advertisement

Dalam pada itu, tidak terkecuali ada juga netizen yang memberi teguran supaya pelakon filem Lagenda Budak Setan itu menjaga aurat anak perempuannya.

Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 14 Febuari 2019. Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Hairdar. Linda juga memiliki seorang anak lelaki bernama Qalif Khan hasil daripada perkahwinannya sebelum ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Macam Anak Patung Muka Anak Que” – Mencuri Perhatian, Que Haidar Kongsi Video Menari Bersama Ratu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.