Ads Top

Main Ad

Mahu Suntik Lagi, Michael Ang Tanya Jenis Vaksin Paling Berkesan Pada Netizen

Pengarah dan penerbit drama terkenal, Michael Ang menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya ada bertanyakan mengenai jenama vaksin yang memberi perlindungan optimum kepada manusia.

Advertisement

Michael Ang bertanyakan mengenai soalan itu di Instagram di mana dia memaklumkan ada merancang dan berhasrat untuk menerima suntikan vaksin tambahan jika berpeluang.

Meskipun sudah lengkap dua dos vaksin, pengarah drama Love,Elsa ini berkata dia mahu membeli vaksin jika ia sudah mula dipasarkan secara terbuka untuk orang awam kelak.

Advertisement

I tanya ni sebab nak tahu vaccine brand apa tahap perlindungannya lebih tinggi. Mana tahu satu hari nanti boleh beli vaccine yang lain di Open Market tahu la vaccine apa lagi nak cucuk.

Dia dalam pada itu turut menegaskan bahawa dia bukanlah seorang anti-vaksin kerana beranggapan rakyat Malaysia kini sangat sensitif apabila menyentuh isu-isu seperti ini.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil berkongsi pendapat dan info berhubung dengan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Michael juga berkata dia mengetahui fakta mengenai vaksin bukanlah ‘ubat’ untuk wabak COVID-19 namun hanya berikhtiar demi memastikan tubuh badan sihat daripada dijangkiti penyakit itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Mahu Suntik Lagi, Michael Ang Tanya Jenis Vaksin Paling Berkesan Pada Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.