Ads Top

Main Ad

Makan Makanan Penjara, Anak Shah Rukh Khan Dilayan Seperti Banduan Lain

Meskipun bergelar anak kepada pelakon terkenal dunia Shah Rukh Khan, Aryan Khan dilaporkan telah dimasukkan ke dalam lokap Penjara Arthur Road, Mumbai setelah ditangkap ketika serbuan skandal dadah di sebuah kapal mewah, baru-baru ini.

Advertisement

Difahamkan juga, Aryan sepatutnya dibebaskan daripada reman pada hari ini namun disambung semula selama 14 hari. Dia dan lima tahanan yang lain telah ditempatkan dalam lokap nombor 1 yang merupakan kawasan kuarantin istimewa yang terletak di aras satu penjara.

Shah Rukh KhanSumber : Google  

Menurut sumber, Aryan yang berusia 23 tahun itu tidak menerima layanan istimewa sepanjang berada dalam tahanan.

Menjalani rutin yang sama seperti banduan lain, Aryan akan bangun seawal 6 pagi, mengambil sarapan sejam kemudian, makan tengahari pada 11 pagi dan kemudiannya makan malam pada pukul 6 petang.

Hanya diberi makan menu seperti chapati, dal dan nasi, dia walau bagaimanapun dibenarkan untuk membeli menu lain di kantin namun perlu membayar dengan harga yang mahal.

Advertisement

Dia akan dilayan sama rata sehinggalah perintah baharu dikeluarkan oleh mahkamah kelak. Sehingga ke tempoh itu, Aryan tidak boleh menikmati makanan yang dihantar ibunya, Gauri Khan ataupun daripada restoran luar penjara.

Terdahulu, Aryan dan tujuh lagi individu lain telah ditahan anggota polis daripada Biro Kawalan Narkotik (NCB) yang melakukan penyamaran ketika melakukan serbuan di atas sebuah kapal mewah.

Serbuan itu juga telah menemukan sejumlah bahan terlarang seperti kokain dan ekstasi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Makan Makanan Penjara, Anak Shah Rukh Khan Dilayan Seperti Banduan Lain first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.