Ads Top

Main Ad

Makin ‘Meletop’, Azah Aziz Hanya Makan Nasi Dua Sudu, Berjaya Turun Berat Badan 15 Kg

Pelakon Azah Aziz yang kini menetap di luar negara tampil berkongsi tips setelah berjaya menurunkan badan daripada 63 kepada 48 kg hanya dalam masa lima bulan.

Advertisement

Azah berkongsikan mengenai perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Dia juga meluahkan rasa gembira kerana usaha kerasnya itu kini membuahkan hasil.

Advertisement

Perjalanan berat badan saya kini berakhir, berjaya mencapai target berat saya 48 kg, misi selesai dalam masa lima bulan. Sekarang ini adalah masa untuk kekalkan dan bina sedikit otot. Berat sewaktu saya memulakan perjalanan ini adalah 63 kg pada 23 Mei.

Ujar pelakon drama Idaman ini lagi, dia mengamalkan makan dalam kuantiti yang sedikit dan bersenam pada setiap hari.

Saya berlari, hiking dan berjalan setiap hari untuk memastikan saya berjaya mencapai 10,000 langkah setiap hari. Saya juga makan dalam kuantiti yang sedikit, sarapan hanya dengan green tea, makan tengah hari hidangan kecil, lebihkan protein dan sayur-sayuran.

Malah, dia memaklumkan bahawa jumlah nasi yang diambil setiap hari hanyalah sekitar dua sudu dan banyak pengambilan air serta tiada gula mahupun pil diet mahun makanan tambahan.

Dia dalam pada itu turut memberikan kata-kata semangat buat mereka di luar sana yang masih mencuba dan dalam proses untuk menurunkan berat badan.

Sekadar info, Azah telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Daud Leroy Abdullah dan terus menetap di Montreal, Canada setelah bernikah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Aaron, Brian Dan Justin yang kini sudah meningkat dewasa.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Makin ‘Meletop’, Azah Aziz Hanya Makan Nasi Dua Sudu, Berjaya Turun Berat Badan 15 Kg first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.