Ads Top

Main Ad

“Mana Ada Orang Senang-Senang Bagi Duit, Scamalert” – Noorkhiriah Beri Amaran

Pelakon Noorkhiriah mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan penipuan selepas video iklan lakonannya digunakan tanpa kebenaran oleh sebuah syarikat saham.

Advertisement

Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, mengeluarkan amaran tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Nur itu memuat naik hantaran berkenaan selepas menerima banyak pertanyaan orang ramai tentang syarikat saham tersebut.

Advertisement

Maaf, saya tiada kena mengena dengan saham itu. Saya berlakon sahaja, selebihnya saya tidak tahu. Andai rasa macam ditipu jangan teruskan.

Noorkhiriah, 42, menjelaskan dia hanya berlakon dalam sebuah iklan sebuah syarikat latihan dan bimbingan saham, WR Trader Academy. Namun begitu, iklan tersebut telah dicuri dan digunakan tanpa kebenaran oleh sebuah syarikat saham yang bernama Vanguard Investment.

Noorkhiriah

Vanguard Investment didapati telah mencuri iklan WR Trader Academy tanpa kebenaran dan didapati menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram. Sedangkan, WR Trader Academy tidak pernah mengambil deposit untuk tujuan pelaburan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Mana Ada Orang Senang-Senang Bagi Duit, Scamalert” – Noorkhiriah Beri Amaran first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.