Ads Top

Main Ad

“Masa PKP Ramai Complaint..” – Jasmin Hamid Hairan Tak Ramai Ziarah Kubur Lepas Kebenaran Diberi

Pelakon Jasmin Hamid baru-baru ini meluahkan rasa syukur berpeluang menziarahi kubur ibu bapanya setelah sekian lama tersekat disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Advertisement

Dalam hantaran di Instagram itu, pelakon ini meluahkan rasa ingin tahu mengapa tidak ramai yang mengunjungi kawasan perkuburan walaupun kebenaran sudah diberikan kerajaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Dia berasa sedikit hairan memandangkan sebelum ini ramai yang merungut apabila kawasan kubur terpaksa ditutup kepada orang awam.

Advertisement

Bila kerajaan dah benarkan menziarah, tak ada pulak berduyun yang datang menziarah? Mungkin ramai yang sibuk pergi bercuti gamaknya.

Jelasnya, berdasarkan pengalaman, orang ramai hanya datang menziarahi pusara keluarga pada hari perayaan. Pelakon ini cuba mengelakkan kesesakan dengan hadir sehari lebih awal.

Pada masa sama, pelakon berusia 47 tahun ini turut mengenang pesan arwah opahnya iaitu kerja tidak akan pernah habis selagi hidup. Katanya lagi, kesibukan bekerja bukanlah alasan untuk mengabaikan masa bersama keluarga.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Masa PKP Ramai Complaint..” – Jasmin Hamid Hairan Tak Ramai Ziarah Kubur Lepas Kebenaran Diberi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.