Ads Top

Main Ad

Mohon Sokongan Moral Peminat, Liyana Jasmay Mahu Kurus Kembali

Pelakon dan juga penyanyi, Liyana Jasmay ada menyatakan hasrat untuk menurunkan berat badan demi mendapatkan kembali bentuk tubuhnya seperti dahulu.

Advertisement

Hasrat itu diluahkan Liyana menerusi sebuah hantaran di Instagram berserta foto lamanya yang kelihatan kurus dan ramping.

Advertisement

Saya boleh lakukan ini. Saya kena kurus seperti sebelumnya. Okay, tolong ya bagi sokongan moral sikit dekat saya.

Jelas Liyana, punca kenaikan berat badannya adalah disebabkan oleh dia kembali ke set penggambaran sejak ia dibenarkan oleh kerajaan, baru-baru ini.

Dia walau bagaimanapun tidak pula menyatakan berat badannya sekarang serta berat badan ideal yang menjadi fokus pencapaian.

“Hari tu dah okay, bila PKP lepas tu shooting 2 minggu kami asyik makan saja. Goal saya nak hilangkan 5kg. Harap saya boleh capai awal November ini!” tulisnya lagi di hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memberi sokongan padu kepada pelakon kecil molek itu untuk menurunkan berat badan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Mohon Sokongan Moral Peminat, Liyana Jasmay Mahu Kurus Kembali first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.