Ads Top

Main Ad

Muat Naik Foto Dengan Wanita Misteri, Nazim Othman Kini Ikut Jejak Langkah Fizo Omar?

Salah seorang anggota ahli ‘Kelab Duda Terlajak Konar’ (KDTK), Nazim Othman baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto yang mengundang tanda tanya dan gelak tawa peminat.

Advertisement

Manakan tidaknya, dia dilaporkan cuba menirup foto perkahwinan Fizo Omar bersama isteri, Fazeera Nazri Azrai di sebalik langsir putih, semalam.

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu dilihat lengkap berbaju Melayu dan bertanjak sementara ‘wanita misteri’ pula berdiri membelakangi kamera.

“Mengikut jejak langkah idolaku, Fizo Omar.” tulisnya ringkas di bahagian kapsyen foto tersebut.

Turut menyertai hantaran di Instagram tersebut, presiden KDTK, Sharnaaz Ahmad yang menulis komen berbaur lucu.

“Kau jangan, siapa nak buat minit mesyuarat persatuan kita?” komen duda anak satu itu.

Apa-apa pun, didoakan agar ahli-ahli KDTK  menemui jodoh mereka dengan segera, Insya-Allah!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Muat Naik Foto Dengan Wanita Misteri, Nazim Othman Kini Ikut Jejak Langkah Fizo Omar? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.