Ads Top

Main Ad

Muat Naik Gambar Passport, MK K-Clique Nak Mendirikan Rumah Tangga?

Tindakan pelakon dan juga penyanyi, MK K-Clique sekali lagi mengundang resah dalam kalangan peminat apabila dia memuat naik foto pasport di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Advertisement

 MK yang sememangnya digilai ramai peminat wanita itu turut menulis kapsyen berbaur seloroh iaitu “Okey tak gambar untuk sijil kita nanti?” di hantaran tersebut.

Seperti biasalah, muncul pula spekulasi dalam kalangan peminat yang mengatakan MK K-Clique akan mengakhiri zaman bujang tidak lama sahaja lagi.

Malah, ada juga yang membayangkan MK merupakan bakal suami mereka. Amboi!

Ini semua gara-gara Zizi Kirana pernah memuat naik foto pasport miliknya bersama suami, pelakon Yusuf Bahrin dan mengumumkan pernikahan mereka di Instagram.

Jika ya, ramai la kecewa nampaknya!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Muat Naik Gambar Passport, MK K-Clique Nak Mendirikan Rumah Tangga? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.