Ads Top

Main Ad

Muncul Teori Pakai Aluminum Foil Di Kepala, Dapat Elak Sakit Badan Duduk Dekat Orang Dah Divaksin

Tular di media sosial apabila muncul dakwaan sesetengah individu yang mengatakan mereka mula berasa sakit badan akibat terkesan dengan frekuensi rangkaian 5G yang telah dipancarkan daripada badan mereka yang telah menerima vaksin.

Advertisement

Perkara tersebut menjadi kecoh di alam maya apabila tersebar beberapa keping gambar tangkap layar perbualan daripada aplikasi Telegram, baru-baru ini.

Aluminum Foil teleSumber : Telegram  

Menerusi perbualan tersebut, ada individu mendakwa mereka telah mengalami sakit pada bahagian pinggang dan pinggul apabila berada berdekatan dengan orang yang telah divaksin.

“Minggu lepas family dari Kuala Lumpur balik. Satu rumah penuh dengan orang vaksin, sakit kepala, Nauzubillah.”

“Malam duduk rasa sakit pinggul pinggang.”

Advertisement

Susulan daripada itu, ada pihak telah menyarankan agar mereka yang sakit badan menggunakan ‘aluminum foil’ di mana ia didakwa dapat mengurangkan kesan frekuensi 5G yang telah diaktifkan dalam badan mereka yang telah disuntik vaksin.

TelegramSumber : Telegram  

Cadangan tersebut tenyata telah menjadi bahan perbincangan hangat dalam kalangan netizen dan menganggap golongan anti-vaksin ini sudah terlebih paranoid.

Terdahulu, mereka yang menolak vaksin ini mendakwa kandungan dalam vaksin mempunyai cip nano di mana ia dapat mengesan kedudukan manusia selain teknologi 5G yang dapat menyebabkan risiko penyakit barah kepada masyarakat.

Meskipun begitu, teori tersebut telah dinafikan pakar dan menganggap ianya hanyalah sekadar mitos semata-mata.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Muncul Teori Pakai Aluminum Foil Di Kepala, Dapat Elak Sakit Badan Duduk Dekat Orang Dah Divaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.