Ads Top

Main Ad

“Mungkin Ini Adalah Jalan Terbaik Untuk Saya ‘Move On'” – Fadlan Hazim

Impian pelakon Fadlan Hazim untuk mendirikan rumah tangga tahun ini tidak kesampaian apabila hubungan cinta yang sudah dibina hampir enam tahun bersama wanita idamannya, Julie Anne Kang musnah pada Jun tahun lalu.

Advertisement

Fadhlan atau nama lengkapnya Dato’ Fadlan Hazim bin Anuwar berkata kalau diikutkan memang mereka ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini dan memang sudah lama merancang untuk bertunang dan berkahwin sejak tahun lepas lagi.

Pelakon Cinta Si Wedding Planner itu reda apabila wanita yang dia kenal sejak dari bangku sekolah dan bertemu kembali pada tahun 2014 kini jadi seseorang yang asing dalam hidupnya. Malah, Fadlan tidak menyangka yang mereka seperti tidak mengenali antara satu sama lain.

Advertisement

Saya akui hubungan kami terlerai sekitar Jun tahun lalu .Jujurnya, banyak isu yang timbul, maklumlah kami sudah lama berkawan. Hubungan tidak berapa baik sejak beberapa tahun lalu. Macam-macam perkara berlaku, tetapi saya masih cuba mempertahankannya kerana sudah kenal lama.

Menurut Fadlan, 29, kesibukan kedua-dua belah pihak mengejar impian dan cita-cita menyebabkan hubungan mereka tidak mampu diselamatkan lagi, dan mungkin sudah tertulis tiada jodoh antara mereka walaupun persahabatan mereka sudah terjalin hampir 16 tahun.

Fadlan Hazim

Fadlan menjelaskan mereka berdua sukar mencari titik keserasian yang menyebabkan hubungan semakin menjauh. Jika ada masalah, mereka tidak lagi berkongsi cerita, lebih banyak memendam rasa. Kini, mereka tidak lagi berhubung sejak dua bulan lalu.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Mungkin Ini Adalah Jalan Terbaik Untuk Saya ‘Move On'” – Fadlan Hazim first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.