Ads Top

Main Ad

Nak Melancong Ke Luar Negara? Ini Tips Persediaan Dan Negara Yang Menerima Daripada Pelancong Malaysia

Pastinya semua rakyat Malaysia teruja dan menyambut baik keputusan kerajaan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri yang telah bermula sejak semalam, 11 Oktober.

Advertisement

Manakan tidak, sudah hampir 2 tahun rakyat tidak boleh pulang ke kampung serta melancong kerana sekatan perjalanan yang diunjurkan kerajaan berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

AirportSumber : Google  

Bukan sahaja rentas negeri dibenarkan malah kerajaan turut bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui My Travel Pass daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

Sehubungan itu, sedikit panduan buat mereka yang ingin melancong ke luar negara dan negara mana yang menerima pelancong daripada Malaysia telah kami senaraikan sebagai tips untuk anda semua!

  • UNITED KINGDOM

United KingdomSumber : Google  

Pelancong perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dalam tempoh tiga hari sebelum berlepas. Pengembara juga diwajibkan untuk turun di lapangan terbang London dan transit di Manchester adalah tidak dibenarkan. Tiada kuarantin kendiri sejurus ketibaan namun perlu melakukan ujian COVID-19 pada hari kedua.

Advertisement
  • MALDIVES

MaldivesSumber : Google  

Pelancong diwajibkan lengkap divaksinasi serta negatif ujian Polymerase Chain Reactian (PCR Test). Jika didapati mempunyai simptom COVID-19 sejurus tiba, PCR Test perlu dilakukan.

  • PHUKET SANDBOX

Hanya dibenarkan melancong dalam kawasan Phuket. Perlu lengkap vaksinasi dan negatif PCR Test sebelum ketibaan. Pengembara juga perlu mempunyai insuran COVID-19 dan Certificate of Entry daripada Kedutaan Thailand.

PhuketSumber : Google  

Hanya dibenarkan untuk tinggal di hotel yang disediakan dan jika melancong lebih daripada 7 hari, pelancong dibenarkan untuk pergi ke kawasan domestik di Thailand.

  • BALI

BALISumber : Google  

Dibenarkan untuk melancong ke Pulau Bali sahaja, negatif PCR Test serta kos untuk lapan hari tempoh kuarantin perlulah ditanggung sendiri oleh pelancong.

  • ARAB SAUDI (UMRAH SAHAJA)

UmrahSumber : Google  

Pengembara perlu lengkap vaksinasi serta prosedur operasi standard (SOP) serta tarikh rasmi akan diumumkan oleh kedua-dua negara dalam masa terdekat.

  • EGYPT

EgyptSumber : Google  

Dibenarkan untuk pelancong yang lengkap vaksinasi, tiada kuarantin diwajibkan namun perlu melakukan PCR Test 96 jam sebelum berlepas ke Egypt. Perlu melakukan kuarantin jika terdapat gejala sejurus ketibaan.

  • QATAR

QatarSumber : Google  

Pelancong perlu negatif PCR Test 72 jam sebelum tiba. Tiada kuarantin diwajibkan. Penerima vaksin jenis Sinopharm, Sinovac dan Sputnik perlu menjalani ujian Serology Antibody sebelum tiba di Qatar.

  • UAE

UAESumber : Google  

Perlu lengkap vaksinasi, mempunyai tourist Visa dan diwajibkan menjalani PCR Test setelah tiba. Tidak perlu kuarantin namun diwajibkan jika mempunyai simptom.

Advertisement
  • TURKI

TurkiSumber : Google  

Pelancong perlu mempunyai Visa dan lengkap vaksinasi. PCR Test diwajibkan setelah tiba dan tidak perlu menjalani kuarantin. Jenis penerima vaksin yang dibenarkan akan diumumkan tidak lama lagi.

  • AMERIKA SYARIKAT

Amerika StarikatSumber : Google  

Pelancong perlu negatif COVID-19 tiga hari sebelum berlepas serta mempunyai Visa. Perlu berlepas secara terus daripada negara asal dan dibenarkan transit di mana-mana negara yang dibenarkan sahaja.

Dalam keterujaan anda untuk melancong ke luar negara, dinasihatkan agar mempertimbangkan beberapa perkara sebelum berlepas seperti kos ujian COVID-19, kos kuarantin di bawah tanggungan sendiri, ‘burn days’ (tempoh kuarantin yang diwajibkan oleh sesetengah negara) serta risiko jangkitan COVID-19.

Rancang perjalanan anda dengan sebaiknya ya!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Nak Melancong Ke Luar Negara? Ini Tips Persediaan Dan Negara Yang Menerima Daripada Pelancong Malaysia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.