Ads Top

Main Ad

Nana Sheme ‘Gelak Besar’ Peminat Mahu Jodohkan Dengan Hafiz Zainal

Walaupun sudah setahun program Big Stage 2020 berlalu, tetapi gosip percintaan diantara penyanyi Nana Sheme dan Hafiz Zainal nampaknya masih terus menjadi topik perbualaan peminat mereka di media sosial.

Advertisement

Mengakui berasa lucu apabila melihat komen serta mesej dari peminat, Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi menjelaskan hubungannya dengan Hafiz hanyalah sekadar kawan dan tidak sampai ke tahap serius.

Bila baca mesej dan komen yang sama di media sosial terus tergelak besar. Bukan sahaja dijodohkan dengan Hafiz, ada juga pengikut yang ingat saya dengan Yamani Abdillah ada hubungan istimewa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANA SHEME (@nanaasheme)

Sebelum itu, penyanyi lagu Hantu Atau Buaya ini ada berkongsikan tangkap layar paparan mesej yang diterima daripada peminat yang mahukan kepastian tentang hubungannya bersama doktor gigi itu.

Advertisement

IG Story Nana Sheme

Dalam pada itu, Nana memberitahu dia tidak tersinggung dengan pertanyaan tersebut, namun bersyukur kerana masih ada peminat yang mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

Kalau ada jodoh, adalah..

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Nana Sheme ‘Gelak Besar’ Peminat Mahu Jodohkan Dengan Hafiz Zainal first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.