Ads Top

Main Ad

Netizen Nasihat Bella Astillah Tutup Aurat, Puji Nampak Lebih Manis Bertudung

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang dikenali sebagai seseorang individu yang mempunyai pelbagai bakat dari segi nyanyian serta menari seperti video-video beliau kongsikan di Instagramnya.

Advertisement

Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ada memuat naik sebuah video yang menunjukkan dirinya sedang menari mengikut rentak lagu Money, nyanyian salah seorang anggota kumpulan k-pop popular BlackPink, Lisa.

Di dalam video berdurasi 24 saat itu, Bella terlihat mengenakan pakaian berupa skirt paras bawah lutut dan kasut bertumit tinggi.

Advertisement

Rata-rata pengikutnya serta rakan selebriti terpegun dengan kelincahan Bella menari ikut rentak lagu yang sedang trending di platform TikTok itu.

Namun, dalam pada ada yang memuji, ada juga seorang individu yang meninggalkan komen berunsur nasihat mengenai pemakaian Bella dan menurut individu terbabit, lebih manis jika pelakon berusia 27 tahun itu mengenakan tudung serta berpakaian menutup aurat.

netizen nasihat Bella Astillah tutup aurat

Komen tersebut turut dipersetujui seorang lagi individu dengan membalas komen berkenaan berbunyi ‘Amin’

Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohammad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Netizen Nasihat Bella Astillah Tutup Aurat, Puji Nampak Lebih Manis Bertudung first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.