Ads Top

Main Ad

Pak Nil Gesa Pengacara Dan Tetamu Program TV Peka Dengan Sensitiviti Masyarakat

Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi yang kini sudah mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang pengacaraan memahami situasi seseorang pengacara yang terpaksa melakukan provokasi terhadap tetamu jemputan bagi sesebuah program bual bicara.

Advertisement

Aznil atau nama lengkapnya Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi berkata biarpun terpaksa menggunakan teknik provokasi, namun ia sepatutnya dilakukan dengan cara bertanggungjawab.

Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, dia memahami kadang-kala keterujaan semasa mengacara, nak bercerita dengan seronoknya dalam sebuah program dan ada ketika pengacara berdepan dengan situasi di mana tetamu susah untuk lontarkan suara. Maka salah satu cara ialah dengan melakukan provokasi.

Advertisement

Peranan itu adakala terpaksa dimainkan bagi membolehkan perbincangan itu menjadi lebih hidup. Provoke supaya tetamu jadi gembira, jadi marah, jadi kalut untuk memastikan dia bercakap.

Namun, bekas pengacara program Akademi Fantasia itu menegaskan bahawa teknik tersebut harus dilakukan dengan tanggungjawab, begitu juga tetamu jemputan itu sendiri.

Aznil Nawawi

Aznil percaya bahawa ilmu, pengetahuan dan pengalaman itulah yang mendewasakan seseorang pengacara itu. Bagaimanapun, bukan hanya pengacara, sebaliknya tetamu undangan juga perlu peka dengan sensitiviti masyarakat.

Bagi saya kalau boleh jangan sebut nama. Satu lagi secara umum, stesen TV juga bertanggungjawab untuk menutup nama yang disebut atau sunting keluar perkara sensitif.

Sebelum ini, pelawak Shuk Sahar dikecam gara-gara didakwa menjadi punca pelakon Fauzi Nawawi tampil berkongsi babak rogol yang dilakonkannya dalam sebuah program televisyen.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Pak Nil Gesa Pengacara Dan Tetamu Program TV Peka Dengan Sensitiviti Masyarakat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.