Ads Top

Main Ad

Pakai Baju Melayu Warna Putih, Fizo Omar Akhiri Zaman Duda?

Khabar angin pelakon Fizo Omar mengakhiri zaman duda seperti sudah terjawab, selepas beliau memuat naik sebuah hantaran foto memakai baju melayu serba putih bersama anak perempuannya di Instagramnya, semalam.

Advertisement

Meskipun tuan badan tidak mengesahkan apa-apa lagi tentang berita gembira itu, namun Fizo seolah-olah memberi bayangan dia sudah keluar dari kumpulan berstatus duda yang terdiri oleh Nazim Othman, Sharnaaz Ahmad dan Azlee Khairi.

Abe Joe (Fizo) left group ‘recond’ dulu ok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata peminat serta rakan selebriti mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa syukur atas pernikahan Fizo bersama wanita pilihannya itu.

Advertisement

Walau bagaimanapun, identiti wanita yang menjadi pilihan hati Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar masih belum didedahkan oleh beliau.

Fizo Omar bernikah

Sekadar info, Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam, 4, namun pada tahun 2019, mereka berdua disahkan sudah bercerai.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok beautifulNara untuk dapatkan plebagai kandungan menarik.

The post Pakai Baju Melayu Warna Putih, Fizo Omar Akhiri Zaman Duda? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.