Ads Top

Main Ad

“Pedih Tu…” Tak Sampai 24 Jam Melaram, Kereta Honda Civic Tenggelam Dalam Banjir

Sentiasa menjadi rebutan, model Honda Civic FD pastinya masih tetap diminati serta pilihan dalam kalangan peminat kereta.

Advertisement

Terbaru, tular di aplikasi TikTok apabila sebuah Honda Civic milik seorang individu yang dipercayai milik sahabatnya telah ditelenggami air banjir di bahagian luar serta turut memasuki bahagian ruangan kabin kereta tersebut.

@ery_ryyMember baru beli tak sampai 24 jam tiba2 bangun pagi terus kena banjir pisang??? original sound – Ery Ryy

Insiden tersebut dilaporkan telah berlaku di seekitar kawasan perumahan Taman Sri Berembang, Klang.

Meskipun video tersebut hanyalah berdurasi selama 10 saat, namun ‘kepedihan’ melihat kereta tersebut dimasuki air turut dirasai netizen.

Advertisement
Komen TikTokSumber : TikTok  
Komen TikTokSumber : TikTok  

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan takziah dan berharap pemilik kereta berkenaan tabah dengan ujian yang menimpa dirinya.

Difahamkan juga pemilik Honda Civic itu terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bagi membaiki beberapa lagi keretanya yang baru sahaja diletakkan di kawasan rumah tidak sampai 24 jam.

Bertabahlah ya…

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Pedih Tu…” Tak Sampai 24 Jam Melaram, Kereta Honda Civic Tenggelam Dalam Banjir first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.