Ads Top

Main Ad

Pelakon Cilik Aiman Badrul Kongsi Pengalaman Perit Di Sebalik Tabir

Pelakon cilik Aiman Badrul berkongsi pengalaman di sebalik tabir drama i-Tanggang: Mother of all lies apabila dia disapu bahan solekan khas bernama latex berwarna hijau hampir keseluruhan wajah dan tubuh menjadi satu pengalaman berharga buatnya.

Advertisement

Solekan khas tersebut bertujuan menghasilkan acuan bagi membuat lapisan silikon untuk menghidupkan babak penderitaan akibat didera ibu kandung yang menghidapi masalah mental Munchausen Syndrome by Proxy yang dilakonkan oleh Sherie Merlis.

Pelakon kanak-kanak yang semakin menjadi perhatian orang ramai itu berkata dia masih ingat apabila dia perlu baring selama setengah jam di dalam sebuah studio untuk disapukan latex.

Advertisement

Apabila disapukan latex ke muka, saya rasa takut hingga menangis. Mata saya jadi gelap dan cuma boleh bernafas pada bahagian yang ditebuk pada hidung.

Proses membuat kesan khas merupakan sesuatu perkara yang sangat menarik kerana ia biasanya dibuat untuk penerbitan filem cereka dan jarang dilakukan ke atas pelakon kanak-kanak dalam drama television.

Aiman Badrul

Aiman, 8, berkata dia perlu banyak mengeluarkan air mata untuk melakonkan watak Khay yang sering didera teruk secara mental dan fizikal oleh ibunya.

Selain drama i-Tanggang, pelakon cilik itu turut pernah membintangi Keringat Firdausi, Sabarlah Duhai Hati, Dia Isteriku, Duri Cinta Bisu dan Lockdown.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Pelakon Cilik Aiman Badrul Kongsi Pengalaman Perit Di Sebalik Tabir first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.