Ads Top

Main Ad

“Pelakon Dulu Ada Perasaan Patuh Hormat, Tapi Sekarang..” Bade Azmi Bezakan Pelakon Dulu & Sekarang

Pengarah drama berantai Hati Yang Dikhianati, Bade Azmi menyifatkan pelakon generasi sekarang ini lebih terbuka dan tidak terlalu serius jika hendak dibandingakan dengan pelakon dahulu.

Advertisement

Jelas pengarah yang sudah lebih 30 tahun mengarah filem serta drama di Malaysia ini, pelakon kini lebih mudah membina hubungan rapat dengan satu sama lain di set kerana mereka lebih terdedah dengan persekitaran semasa.

Pelakon muda kini, mereka tak serius macam dulu. Kalau dulu pelakon ada perasaan patuh hormat. Pelakon baru playful tapi senang beradaptasi.

Bade Azmi

Dalam pada masa yang sama, Bade Azmi yang mengarah drama rantaian Hati Yang Dikhianati kini teruja kerana boleh memulakan penggambaran semula setelah beberapa bulan tertunda akibat lockdown.

Advertisement

Bade Azmi

Drama bersiri Hati Yang Dikhianati akan kembali melakukan penggambaran pada 22 Oktober ini dengan kisah yang lebih panas dan pergolakkan yang amat mendebarkan, ia bakal ditayangkan di saluran Astro Prima pada setiap pukul 6 petang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Pelakon Dulu Ada Perasaan Patuh Hormat, Tapi Sekarang..” Bade Azmi Bezakan Pelakon Dulu & Sekarang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.