Ads Top

Main Ad

“Pelakon Tak Perlu Merungut Atau Cerita Di Media Sosial Dibayar Murah..” – Faizal Hussein

Pelakon Faizal Hussein, mengutarakan pendapatnya mengenai seseorang pelakon tidak seharusnya bercerita atau merungut di media sosial apabila dibayar murah ataupun disenarai hitam.

Menurut pelakon yang pernah menjadi kegilaan kaum wanita itu, media sosial bukanlah saluran tepat sebagai penyelesaian kepada permasalahan begitu.

Saya rasa dengan cara ini, dia membuka pekung di dada, pekung di dalam industri kita sendiri. Kita tak seharusnya beritahu orang bahawa kita dibayar murah. Kalau saya dibayar murah, saya terus tak buat saja projek itu.

Faizal mengutarakan pendapat demikian sewaktu menjadi tetamu jemputan program SPOTLIGHT anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menerusi Facebook Live dihoskan Awal Ashaari, baru-baru ini.

Saya pernah disenarai hitam oleh sebuah stesen TV selama 20 tahun. Contohnya kalau ada penerbit nak ambil saya, stesen TV cakap tak lepas. Tapi, saya tak pernah pun beritahu kepada media bahawa saya tiada tawaran dengan stesen terbabit.

Advertisement

if (vUrlCheck ){ console.log("no BN_MRec_InArticle_1"); }else{ googletag.cmd.push(function() { gptAdSlots[5] = googletag.defineSlot("/16069941/BN_MRec_InArticle_1", [[300, 100], [468, 60], [320, 100], [320, 50], [336, 280], [300, 250], [728, 90]], "div-gpt-ad-1609306205314-0").addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().disableInitialLoad(); googletag.enableServices(); googletag.display("div-gpt-ad-1609306205314-0"); }); }

Faizal Hussein

Dia turut berkongsi pengalamannya tidak diterima sebuah stesen TV dalam tempoh masa panjang. Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak luahkan perkara itu kepada khalayak.

Pendapat anda?

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Powered by Blogger.