Ads Top

Main Ad

Penantian Berakhir, Rakyat Dibenarkan Rentas Negeri Mulai Esok – PM Ismail Sabri

Penantian rakyat Malaysia kini berakhir apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa sekatan perjalanan rentas negeri telah pun ditarik balik dan dibenarkan bermula esok, 11 Oktober 2021.

Advertisement

Berita tersebut disampaikan sendiri olah Perdana Menteri sebentar tadi di mana beliau juga turut mengucapkan syukur kerana kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa telah mencapai 90 peratus.

Balik KampungSumber : Google  

 

Alhamdulillah, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa telah mencapai 90 peratus.

 

Oleh itu seperti yang dijanjikan tentang rentas negeri berdasarkan vaksinasi dua dos, maka dengan ini saya mengumumkan bahawa rentas negeri dibenarkan oleh pihak kerajaan. Kebenaran dan kebebasan ini akan bermula pada esok (Isnin). Maka, esok bebaslah, ini yang ditunggu-tunggu masyarakat.

Namun, kebenaran ini hanya dibenarkan kepada mereka yang lengkap dua dos vaksinasi dan pemeriksaan polis masih akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Advertisement

Bukan sahaja rentas negeri dibenarkan, malah kerajaan juga turut membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Namun begitu, jelas Ismail, pengembara  wajib menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air.

Perdana Menteri Ismail Sabri turut mengingatkan agar orang ramai sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) walau dimana jua mereka berada.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Penantian Berakhir, Rakyat Dibenarkan Rentas Negeri Mulai Esok – PM Ismail Sabri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.