Ads Top

Main Ad

“Perkahwinan Perlu Komitmen Tinggi, Sampai Masa Saya Akan Beritahu..” – Janna Nick

Selepas sepupu Janna Nick iaitu Adam Lee mengambil keputusan mengumumkan berita pertunangan pada hari melangsungkan pertunangan, aktres tersebut turut mahu mengambil langkah yang sama.

Advertisement

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, dia akan berkongsikan berita gembira tentang dirinya serta kekasih hati, Dini Schatzmann pada waktu yang tepat.

Adam dan Sweet memilih untuk tidak bercerita sebelum pertunangan berlangsung. Jadi, saya pun akan mengambil pendekatan sama. Sampai masa pasti saya akan beritahu kepada semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Dalam pada masa yang sama, Janna memaklumkan mereka tidak berniat untuk melengahkan hubungan yang terjalin, sebaliknya dia dan Dini perlu membuat banyak persiapan sebelum menuju ke hari bahagia pasangan itu.

Perkahwinan memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Saya tidak mengambil remeh.

Janna Nick dan Dini Schatzmann

Sekadar info, Ahad lalu pasangan merpati dua sejoli iaitu Adam Lee serta Sweet Qismina telah selamat mengikat tali pertunangan setelah tiga tahun menjalinkan hubungan percintaan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Perkahwinan Perlu Komitmen Tinggi, Sampai Masa Saya Akan Beritahu..” – Janna Nick first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.