Ads Top

Main Ad

Pernah Tak Minat Akademik, Najwa Latif Kini Sambung PhD

Mesti ramai yang masih ingat dengan penyanyi, Najwa Latif yang pernah popular dengan lagu Cinta Muka Buku suatu ketika dahulu. Penyanyi ini senyap seketika daripada dunia hiburan apabila mengambil keputusan bergelar seorang pendidik sepenuh masa.

Advertisement

Terkini, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa binti Abdul Latif dilaporkan menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif)

Menurut penyanyi berusia 26 tahun ini, tujuannya sambung belajar adalah untuk mengejar ilmu selain memajukan diri sebagai pendidik.

Advertisement

Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan takkan pernah ada penghujung.

Jelas penyanyi ini lagi, tempoh pengajian mengambil masa tiga ke enam tahun. Ini bermakna jauh lagi perjalanannya untuk mendapatkan gelaran doktor, namun dia menganggap gelaran itu satu pencapaian luar biasa untuk dirinya yang pernah tidak minat akademik.

Untuk rekod, pada 2019, Najwa telah menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM).

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Pernah Tak Minat Akademik, Najwa Latif Kini Sambung PhD first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.