Ads Top

Main Ad

Raja Ilya Hairan, Pelakon Antarabangsa Pun Tak Perlu 1 Juta Pengikut Media Sosial

Pelakon jelita yang kini menetap di luar negara, Raja Ilya tampil meluahkan rasa hairan dan tertanya-tanya mengenai sikap segelintir penerbit filem dan drama yang menetapkan setiap pelakon yang ingin berlakon harus mempunyai jumlah bilangan pengikut yang tertentu.

Advertisement

Kata Raja Ilya, perkara tersebut tidak wajar diamalkan bagi mengukur kredibiliti para pelakon sekadar dengan hanya melihat pada bilangan pengikut di media sosial.

Dia juga dalam masa yang sama membandingkan situasi layar perak tempatan dan juga antarabangsa yang baginya, nyata jauh berbeza.

Advertisement

Kenapa sampai jadi macam ni Industri Perfileman Malaysia kita? Dah kenapa? Pelakon-pelakon dalam Netflix tak ada pengikut 1 juta pun. Anak seni tanah air kita tak main media sosial, mereka beraksi di skrin.. bagi real punya. Bakat bukan main mainan, ianya seni.

Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad ini juga turut memuji sikap pelakon yang lantang mengkritik mengenai isu tersebut.

Perkara tersebut dikongsikan Raja Ilya menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat.

Terdahulu, pelakon jelita ini pernah mendedahkan bahawa dia ada ditawarkan untuk berlakon di layar Antarabangsa namun terpaksa menolak kerana dikehendaki untuk melakukan adegan ‘panas’ dan berbogel.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Raja Ilya Hairan, Pelakon Antarabangsa Pun Tak Perlu 1 Juta Pengikut Media Sosial first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.