Ads Top

Main Ad

Rasa Panas, Nak Muntah & Pitam Ketika IG Live, DS Vida Kena Buatan Orang?

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida berkata dia berasa panas badan dan berasa ingin pitam serta muntah ketika sesi siaran langsung Instagram, semalam.

Advertisement

Berikutan itu, DS Vida merasakan bahawa dia telah mendapat ‘gangguan’ benda yang tidak diingini seperti ilmu hitam.

DS VIDASumber : Instagram DS Vida  
DS VidaSumber : Instagram DS Vida  

 

Panas satu badan, saya dah tak tahan dah ni. Tapi saya cuba bertahan. Setiap kali live mesti rasa panas, Ya Allah kenapa saya jadi macam ni?

Saya terkena apa-apa ke? Gangguan ke? Nak muntah rasanya tapi tak lepas..Saya mohon doakan saya kembali sihat.

Dalam pada itu, DS Vida difahamkan turut menjemput beberapa individu ke rumahnya untuk melakukan solat sunat hajat.

Bukan itu sahaja, Vida turut membuat ‘pendinding’ diri dengan mencetak beberapa ayat Al-Quran seperti ayatul Kursi.

Advertisement

“Saya dah sediakan ayat kursi siap-siao sebab semalam saya live saya pitam. Jadi hari ni siapa nak ‘buat’ kat saya, saya dah letak ayat Kursi lebih dahulu. Siapa nak buat ni percaya pada Tuhan. Saya letak dinding segala dinding..” ujar Vida lagi.

Apa-apa pun, semoga yang baik-baik sahaja diucapkan buat DS Vida.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Rasa Panas, Nak Muntah & Pitam Ketika IG Live, DS Vida Kena Buatan Orang? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.