Ads Top

Main Ad

“Rasa Pula Bila Korang Yang Menggeletis” – Lana Nodin Tempelak Haters

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Lana Nodin acap kali terpalit kontroversi apabila dia dikatakan menolak suntikan vaksin Covid-19. Pelakon ini turut menjadi mangsa kecaman netizen sehingga ramai yang gembira apabila dia kembali ke Amerika Syarikat.

Advertisement

Terbaru, Lana Nodin menerusi sebuah entri di Instagram menempelak netizen yang pernah mengkritik dirinya. Lana memberi peringatan kepada netizen supaya tidak menggeletis apabila pergerakan rentas negeri dan keluar negara sudah dibenarkan.

Bersama hantaran itu, ibu kepada dua anak ini menyertakan video menunjukkan orang ramai berlari merempuh pagar yang dibuka.

Advertisement

Lana turut meninggalkan pesanan kepada seseorang supaya berhenti menjaga tepi kain orang lain. Tidak menyebut nama dengan jelas, pelakon ini meminta individu itu ‘move on’ dan tidak mendiskriminasi orang lain.

Kau tu move on je la tak payah sibuk hal orang, berlakon je dalam drama tak payah buat drama, cukup dah drama politik. Orang industri pun meluat la dengar cerita kau hari-hari tak habis-habis diskriminasikan orang!!

Tambah pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini lagi, individu berkenaan seharusnya menjaga hal sendiri daripada sibuk mengenai hal yang tidak berkaitan dengan dirinya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Rasa Pula Bila Korang Yang Menggeletis” – Lana Nodin Tempelak Haters first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.