Ads Top

Main Ad

“Rutin Harian Sediakan Bekal Untuk Yusuf..” – Zizi Kirana Akui Seronok Layari Alam Perkahwinan

Setelah genap sebulan mendirikan rumah tangga bersama, Zizi Kirana mengakui dia gembira melayari alam perkahwinan bersama suami tercinta, Yusuf Bahrin yang juga merupakan seorang pelakon.

Advertisement

Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, aktiviti hariannya kini telah berubah kerana perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Sejujurnya memang seronok. Sebelum ini urus diri sendiri saja, sekarang ni kena buat semua kerja berdua, dah jadi rutin harian sediakan bekal makanan untuk Yusuf.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin)

Dalam pada itu, Zizi turut sempat berkongsi kepada pihak mStar tentang sifat sebenar Yusuf yang rajin serta bukan seseorang yang cerewet mengenai hal makanan dan menurut Zizi tidak susah untuk dirinya menyediakan makanan kerana semuanya berasaskan makanan diet.

Sebelum ini hanya mengenali menerusi video call, bila dah kahwin baru saya tahu Yusuf ni rajin orangnya.

Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin

Sekadar info, pada tanggal 19 September yang lalu, Zizi Kirana sah bergelar sebagai seorang isteri kepada Yusuf Bahrin dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Rutin Harian Sediakan Bekal Untuk Yusuf..” – Zizi Kirana Akui Seronok Layari Alam Perkahwinan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.