Ads Top

Main Ad

Sakan Tayang ‘Body’ Di IG, Noki K-Clique Tak Kisah Kritikan Netizen

Penyanyi yang kii juga bergelar pelakon, Noki K-Clique berkata dia tidak merasa ralat berkongsi foto-foto tidak berbaju di media sosial untuk tatapan peminat meskipun ia mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Noki atau nama sebenanrya Ahmad Ikhwan Aji,27, menganggap setiap individu mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.

Advertisement

Jelas Noki, dia hanya mengikuti kehendak watak lakonan yang digalasnya kini dalam drama terbaru berjudul Oh My Bodyguard arahan Suhaimi Lua.

Advertisement

Terpulang kepada semua pihak untuk membuat tafsiran mengenai perkara itu. Jika diikutkan, saya tidak memuat naik gambar yang terlalu menayang badan. Saya sendiri tak tahu bagaimana boleh tersebar gambar-gambar di lokasi penggambaran itu. Ada yang dimuat naik oleh orang luar, ada juga dalam kalangan kru produksi sendiri.

Tambahnya lagi, dia sejujurnya bekerja keras untuk mendapatkan tubuh badan kekar seperti sekarang dan berharap dapat memberi inspirasi kepada mereka di luar sana secara tidak langsung apabila dia memuat naik foto-foto seperti itu.

Penyanyi lagu Gila ini juga berterima kasih di atas setiap pujian yang diberikan serta memohon maaf jika perkongsiannya itu keterlaluan sehingga memberi rasa kurang senang kepada orang lain.

Perkembangan lain, Noki kini menjalani penggambaran drama terbarunya itu dengan membawa watak sebagai Mail yang ingin berkahwin dengan kekasihnya, Mira lakonan Elisya Sandha.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sakan Tayang ‘Body’ Di IG, Noki K-Clique Tak Kisah Kritikan Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.