Ads Top

Main Ad

Sarat Mengandung 8 Bulan, Vivy Yusof Lancar Butik Dua Tingkat Di Bangsar

Masih kuat bekerja meskipun kini sedang sarat hamil di usia kandungan mencecah 8 bulan, Vivy Yusof khabarnya telah selangkah lagi kehadapan dalam mengecapi kejayaan dalam kariernya.

Advertisement

Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof,34,dijangka akan melahirkan bayi lelaki pada Disember ini dan berharap agar urusan hamil dan kelahiran kelak akan dipermudahkan Allah S.W.T.

Dia yang ditemui dalam sebuah majlis pelancaran butik perdana jenama dUck bertempat di Bangsar Village, Kuala Lumpur pada Khamis lalu berkata pembukaan francais terbaru itu adalah impiannya sejak dari kecil.

Advertisement

Semuanya bermula dengan berangan, memang saya mengimpikan untuk memiliki sebuah butik di Bangsar Village. Tapi saya perlu menunggu beberapa tahun untuk mendapatkan lokasi idaman ini. Sudah la saya jenis tak penyabar orangnya , namun Alhamdullila semuanya berbaloi.

Kata Vivy lagi, dia berasa sangat gembira dan bersyukur kerana segala perancangannya untuk membuka butik di kawasan tersebut telah dipermudahkan meskipun berhadapan dengan pelbagai ujian seperti PKP dan sebagainya.

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Sekadar info, Vivy telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada tahun 2012.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sarat Mengandung 8 Bulan, Vivy Yusof Lancar Butik Dua Tingkat Di Bangsar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.