Ads Top

Main Ad

“Satu Lagi Kejayaan..”- Dah Dapat Kunci, Peminat Puji Rumah Baru Nabila Razali

Penyanyi dan juga pelakon, Nabila Razali baru-baru ini ada memuat naik kejayaan terbaru apabila dia telah berjaya memiliki rumah idamannya.

Advertisement

Penyanyi lagu Peluang Kedua itu berkongsikan berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Dalam hantaran tersebut, Nabila juga difahamkan sudah menerima kunci pemilikan rumah dan turut menzahirkan perasaan gembira dan bersyukur di atas kejayaannya itu.

Advertisement

Alhamdullilah syukur Ya Allah..1 lagi pencapaian. Rumah impian saya!

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai rakan selebriti dan peminat tampil mengucapkan tahniah serta memuji rumah baru Nabila yang berkonsepkan Maghribi.

“Tahniah Bella, murah rezeki..” ucap Alif Satar.

 “House warming jangan lupa WhatsApp. Congratulations babe, you deserve this..” ujar Syifa Melvin.

Sehingga kini, perkongsian Nabila Razali itu telah menerima 90,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Tahniah Nabila!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Satu Lagi Kejayaan..”- Dah Dapat Kunci, Peminat Puji Rumah Baru Nabila Razali first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.