Ads Top

Main Ad

Satu-Satunya Anak Perempuan Shuib Dan Arwah, Dekta Banyak Warisi Sifat Siti Sarah

Anak perempuan kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan Shuib, Dzahira Talita Zahra yang kini berusia 8 tahun dikatakan banyak mewarisi sifat kasih arwah ibunya.

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan Shuib menerusi sebuah hantaran di Instagram milik Siti Sarah, baru-baru ini.

Tulis Shuib, Dzahira yang lebih mesra disapa sebagai Dekta itu banyak membantu menguruskan adik-adiknya selepas pemergian Siti Sarah ke negeri abadi.

Dekta juga disifatkan sebagai seorang anak gadis yang memahami tanggungjawab dirinya sebagai seorang kakak dalam keluarga mereka.

Advertisement

Satu-satu anak perempuan ibu dan daddy. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Sangat-sangat mengambil berat tentang keluarga. Banyak sifat ibu yang ada pada Talita.

Terdahulu, Shuib sering berkongsi mengenai gelagat anak-anaknya yang bergilir-gilir menjaga adik bongsu mereka, Ayash Affan sejak si kecil itu pulang dari hospital.

Allahyarham Siti Sarah sempat mengurniakan seorang zuriat lelaki iaitu Ayyah pada 6 Ogos lalu dalam keadaan ditidurkan sebelum meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Satu-Satunya Anak Perempuan Shuib Dan Arwah, Dekta Banyak Warisi Sifat Siti Sarah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.