Ads Top

Main Ad

“Saya Akan Buktikan..” – Cari Pencipta Lagu, Iqbal Tawar Bajet Serendah RM500,000

Sejak beberapa bulan yang lalu, hangat kisah percintaan diantara usahawan terkenal, Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli yang dikhabarkan bakal berkahwin Disember ini, namun telah pun dibatalkan.

Advertisement

Kali ini pula bukanlah kisah percintaan, tetapi menerusi perkongsian di Instagram Stories pemuda berusia 27 tahun itu, dia berkata sedang mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar yang segera dan turut menawarkan bajet dengan kos yang rendah iaitu sebanyak RM500,000 sahaja.

Selang beberapa jam selepas berkongsikan hajatnya itu di Instagram Stories, Iqbal memuatnaik status baru kerana tidak berpuas hati dengan beberapa pihak yang mempertikaikan soal dirinya ingin mengeluarkan bajet sebanyak itu.

Advertisement

Katanya lagi, beliau tidak mahu disamakan dengan pengasas lain yang hanya mementingkan duit berbanding bakat. Menurut Iqbal, dia merupakan juara nasyid Negeri Kelantan dan bakal membuktikan kepada orang ramai bahawa dia mampu untuk bernyanyi dengan baik walaupun dirinya bukan penyanyi profesional.

Iqbal mahu jadi penyanyi

Terdahulu, Iqbal meluahkan rasa berang apabila Vida didakwa masih lagi memberi harapan palsu kepada dirinya serta memberitahu drama Vida mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterlaluan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Akan Buktikan..” – Cari Pencipta Lagu, Iqbal Tawar Bajet Serendah RM500,000 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.