Ads Top

Main Ad

“Saya Akan Sokong Zizi 100% Terus Istiqamah, Akan Sentiasa Di Sisinya Hadapi Ujian” – Yusuf Bahrin

Minggu lalu, hangat isu diperkata oleh netizen serta penggiat seni tentang penyanyi, Zizi Kirana didakwa telah melanggar kontrak dengan sebuah syarikat produksi drama.

Advertisement

Isu berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi, tambah lagi apabila perubahan imej Zizi sudah berhijab ketika penggambaran masih berbaki sekitar 30 peratus.

Suaminya iaitu Yusuf Bahrin berkata dia amat berbangga dengan kecekalan isterinya menghadapi ujian dalam melaksanakan perintah Allah untuk menutup aurat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin)

Advertisement

Tidak mahu mencampuri urusan pekerjaan Zizi, khususnya melibatkan isu dakwaan pelanggaran kontrak, Yusuf berkata dia akan sentiasa menyokong apa jua tindakan yang diambil oleh isterinya ke arah kebaikan.

Saya akan support dia 100 peratus untuk terus istiqamah di jalan Allah. Saya akan sentiasa ada di sisi dia walau apa jua ujian yang dihadapinya.

Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin

Mengulas lanjut berkenaan isu yang hangat diperkatakan di media sosial itu, Yusuf bersyukur kerana isterinya tetap dengan pendirian untuk kekal menjadi seorang muslimah yang baik.

Sekadar info, Yusuf dan Zizi sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Akan Sokong Zizi 100% Terus Istiqamah, Akan Sentiasa Di Sisinya Hadapi Ujian” – Yusuf Bahrin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.