Ads Top

Main Ad

Sedekad Dalam Industri Seni, Najwa Latiff Bersyukur Masih Dikenali Hingga Kini

Penyanyi Najwa Latif kini sudah mencecah 10 tahun dalam perjalanan karier seninya dan pelbagai pencapaian sudah digenggamnya sepanjang tempoh terbabit.

Advertisement

Najwa atau nama sebenar Imratul Najwa binti Abdul Latif, berjaya menakluk pasaran industri muzik seawal usia 14 tahun apabila percubaannya memuat naik video cover lagu di YouTube membuahkan hasil.

Najwa Latif

Single pertamanya berjudul Cinta Muka Buku mendapat sambutan, sekali gus mengangkat namanya di persada seni suara sebagai penyanyi dikenali ramai.

Saya tak sangka sudah 10 tahun dalam industri seni. Malah, saya tak pernah rasa nama saya besar kerana mana-mana tempat yang saya pergi pasti akan bertanya dengan pengurus, adakah mereka masih mengenali saya?

Najwa, 26, akui sejujurnya dia berasa namanya biasa-biasa sahaja. Ini kerana, masih banyak lagi yang perlu dia belajar dan perbaiki sebagai penyanyi. Menurutnya lagi, apa yang mampu dikongsikan selama 10 tahun ini adalah momen yang cukup berharga kerana dapat berjumpa ramai orang.

Advertisement

Penyanyi lagu Jauh itu berkata di awal pembabitan dalam industri seni, dia agak pendiam tetapi sekarang dia lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang luar selain banyak belajar cara untuk perbaiki teknik nyanyian.

Perjalanan karier seni Najwa selama sedekad ini semuanya indah, jarang sekali kita mendengar dia ada berdepan saat sulit atau sukar sebagai penyanyi. Najwa turut akui dugaan yang dilalui mungkin tidak sehebat selebriti lain.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sedekad Dalam Industri Seni, Najwa Latiff Bersyukur Masih Dikenali Hingga Kini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.