Ads Top

Main Ad

Sekian Lama Menghilang, Nonny Nadirah Muncul Semula Di IG

Pelakon yang dahulunya pernah mencetuskan kontroversi, Nonny Nadirah dilaporkan ada membuat kemunculan semula di Instagram setelah lebih 7 bulan menghilang.

Advertisement

Dalam hantaran terbarunya itu, Nonny muncul dalam bentuk video pendek dengan mengucapkan selamat pagi kepada 587,000 pengikut Instagramnya itu.

NONNY NADIRAh IG StorySumber : Instagram Nonny Nadirah  

Ucapan selamat pagi itu dibuat Nonny sambil memegang bibirnya.

Dia kemudiannya mengemaskini akaun media sosialnya itu pada malam hari dengan ucapan selamat  malam pula dengan video memaparkan suku wajah penuh manja.

Pada April lalu, Nonny ada membuat kemunculan di Instagram dengan memuat naik foto dirinya sedang berendam dalam sebuah besen besar berwarna merah.

Advertisement
Nonny NadirahSumber : Google  

Foto itu telah menuai kritikan netizen di mana penampilannya pada ketika itu sangat berbeza dengan dirinya dahulu yang bertudung litup.

Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin,31, mula menghilang daripada dunia seni selepas dilaporkan putus tunang dengan pelakon Niezam Zaidi pada tahun lalu.

Dia juga tampil bertudung sejak pulang daripada mengerjakan umrah sekitar Januari 2019.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sekian Lama Menghilang, Nonny Nadirah Muncul Semula Di IG first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.