Ads Top

Main Ad

“Selagi Tak Babitkan Aksi Berat, Saya Okay” – Sakit Bukan Penghalang Aaron Aziz Terus Aktif Berlakon

Pelakon terkenal Dato’ Aaron Aziz akur dengan keadaan kesihatan diri yang mengalami masalah gangguan pada saraf leher sejak lapan tahun lalu. Walaubagaimanapun, Aaron tidak menjadikan sakitnya itu penghalang untuk terus aktif dalam bidang lakonan.

Advertisement

Aaron atau nama lengkapnya Dato’ Aaron Mustapha bin Aziz memberi jaminan dia masih boleh melakonkan babak aksi asalkan tidak keterlaluan. Buktinya, Aaron terlibat di dalam siri terbaharu, Gerak Khas Undercover sebagai seorang anggota polis terbabit pelbagai penyamaran.

Saya selesa dapat melakukan babak-babak aksi dalam lakonan sendiri. Ia lebih memberikan saya kepuasan, cuma kini harus berhati-hati kerana masalah saraf dihidapi ini.

Advertisement

Pelakon kelahiran Singapura itu bersyukur tidak mengalami sebarang kesakitan sepanjang melakonkan babak besar dalam drama berkenaan memandangkan aksi itu dilakukan sendiri.

Aaron Aziz

Aaron, 45, difahamkan mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian leher sejak 2012 hingga dia terpaksa keluar masuk hospital dan enggan melakukan pembedahan selagi dia mampu bertahan dengan ubat-ubatan yang dibekalkan doktor.

Melakonkan watak Asistan Superintendan (ASP) Zaki dalam Gerak Khas Undercover, Aaron berkata sakit dialami itu adalah dugaan buatnya. Namun, dia menerima takdirnya dengan hati yang terbuka dan beranggapan  sakit juga fitrah dalam kehidupan manusia.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Selagi Tak Babitkan Aksi Berat, Saya Okay” – Sakit Bukan Penghalang Aaron Aziz Terus Aktif Berlakon first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.