Ads Top

Main Ad

“Selama Ini, Saya Rahsiakan Penyakit Ini..” – Scha Elinnea Alami Gangguan Mental Kronik

Pelakon Scha Elinnea mendedahkan dia perlu membuat janji temu dengan pakar psikiatri setiap minggu dan telah menjadi rutin buat dirinya. Pengakuan tersebut telah dibuatnya melalui InstaStory yang turut mengejutkan peminat.

Advertisement

Scha atau nama sebenar, Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen akui dia mengalami gangguan mental kronik yang memaksanya mendapatkan bantuan pakar sakit jiwa.

Scha Eliannea

Pelakon drama SiTiktok itu mengesahkan masalah dialami berpunca kemurungan teruk sejak Jun lalu. Scha turut berkata dia akan memastikan janji temu dengan doktor setiap minggu dipenuhi.

Selama ini, keadaan dianggap terkawal. Hanya kebelakangan ini menjadi agak teruk… Hendak tidur pun sukar.

Scha, 22, menjelaskan bahawa dia sudah lama berdepan situasi ini. Mungkin ditambah dengan situasi semasa pandemik COVID-19 membuatkan dirinya banyak berfikir bukan-bukan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, teman baiknya datang menemani di rumah kerana  jika dia duduk sendirian, perasaan itu akan menjadi-jadi sehingga boleh menangis sendirian.

Selama ini, saya tinggal sendirian. Dengan situasi sekarang, saya perlu ditemani kawan. Saya juga kena makan ubat yang disarankan doktor setiap hari.

Gadis kelahiran Kelantan itu mengaku mengambil ubat penenang jika ada komitmen kerja termasuk penggambaran drama. Scha turut cuba untuk tampil kuat, walaupun hakikatnya berperang dengan sakit dalaman itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Selama Ini, Saya Rahsiakan Penyakit Ini..” – Scha Elinnea Alami Gangguan Mental Kronik first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.