Ads Top

Main Ad

“Semua Yang Terlibat Dah Mohon Maaf, Tak Perlu Panjangkan Isu Ini” – Lisdawati

Pelakon Lisdawati yang juga merupakan isteri kepada Fauzi Nawawi memohon agar orang ramai tidak memanjangkan isu perkongsian Fauzi mengenai babak rogol terhadap Raja Farah dalam filem Anak Halal lakonan mereka pada 2007 lalu.

Advertisement

Lisdawati atau nama sebenar Nisdawati Nazaruddin berkata semua pihak terbabit sudah memohon maaf dan menyifatkan semua orang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Lisdawati

Semua kesal dan rasa bersalah. Sebagai hamba Allah SWT, semua tak lari dari melakukan kesilapan. Semoga Allah memaafkan dosa kita semua.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Lisdawati turut berkongsi petikan kata-kata daripada Ibnu Qoyyim RA.

Setiap maksiat yang dijelek-jelekkan kepada saudaramu, maka hal itu akan kembali kepadamu.

Advertisement

Terdahulu tular video memaparkan Fauzi bercerita mengenai pengalaman babak rogol dalam filem Anak Halal membabitkan dirinya dengan pelakon Raja Farah.

Fauzi kemudiannya tampil memohon maaf secara terbuka terhadap Raja Farah, suami dan keluarga atas perkongsian perkara itu di kaca TV.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Semua Yang Terlibat Dah Mohon Maaf, Tak Perlu Panjangkan Isu Ini” – Lisdawati first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.