Ads Top

Main Ad

“Sentuh Macam Mana Tu” DSV Wanita Pertama ‘Disentuh’? Netizen Hairan Dengan Pernyataan Iqbal

Kemunculan usahawan yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai iaitu Iqbal Zulkefli dalam sesi siaran langsung Datuk Seri Vida dengan muka yang masam tidak tersenyum baru-baru ini telah menarik perhatian ramai.

Advertisement

Tidak banyak berkata-kata di dalam sesi siaran langsung itu, namun Iqbal telah mengejutkan ramai pengikut DSV atau mesra disapa sebagai Vida apabila beliau menulis komen yang mencurigakan.

DSV wanita pertama dan terakhir yang saya sentuh.

Komen Iqbal Zulkefli

Menurut netizen, perkataan ‘sentuh’ dirasakan kurang sesuai untuk digunakan dalam konteks hubungan mereka yang bukan mahram, biarpun tanpa sengaja.

Advertisement

Menerusi platform TikTok, terdapat seorang pengguna telah memuat naik semual live Instagram itu semula di akaunnya dan ramai yang meninggalkan komen di hantaran video itu menyifatkan ayat itu tidak seharusnya digunakan oleh beliau kerana mendatangkan pengertian berbeza kepada orang ramai.

Komen TikTok tentang Iqbal dan Vida

Dalam pada itu, ramai yang menasihati Vida untuk menjauhkan diri daripada Iqbal bagi menjaga reputasi dan maruah diri dari terus dimalukan sedemikian.

Sementara itu menerusi Instagram Stories Iqbal, dia mendedahkan mereka sudah tidak berhubung sejak dua minggu yang lalu selain pihaknya telah membatalkan tempahan hotel untuk majlis perkahwinan mereka.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Sentuh Macam Mana Tu” DSV Wanita Pertama ‘Disentuh’? Netizen Hairan Dengan Pernyataan Iqbal first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.