Ads Top

Main Ad

Seperti Bela ‘Biawak Hidup’, Zarina Anjoulie Nasihat Wanita Lain Tak Mengahwini Lelaki Tak Bekerja

Seseorang pelakon yang lantang bersuara, Zarina Anjoulie baru-baru ini sekali lagi menyuarakan pendapatnya apabila ramai pengikutnya bertanyakan sama ada patut ke seseorang mengahwini seorang jejaka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Advertisement

Menerusi hantaran video yang dimuatnaik oleh Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Faizul, dia berkata jangan sesekali terlanjur mengahwini seseorang lelaki yang tidak bertanggungjawab jika tidak mahu diri sendiri merana suatu hari nanti.

Jawapan saya, jangan kahwin. Ia merupakan satu perangkap yang dia mahu jadi penganggur, untuk dia jadi biawak hidup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Tambahnya lagi di dalam video berdurasi 6 minit itu, dia menasihati agar tidak mudah mengahsihani dan meletakkan keyakinan bahawa lelaki-lelaki tersebut bakal berubah selepas berkahwin.

Advertisement

Bagaimanapun, Zarina atau mesra dipanggil Anju berkata jika jejaka tersebut pada awalnya mempunyai karier yang bagus tetapi kini hanya bekerja biasa akibat pandemik, maka boleh diberi sokongan.

Zarina Anjoulie

Sekadar info, sekitar Februari 2021, Zarina disahkan telah bercerai dengan Eilyas selepas mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2020, namun mengikut kenyataan yang dibuat oleh wanita itu, mereka telah rujuk semula pada Mac 2021.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Seperti Bela ‘Biawak Hidup’, Zarina Anjoulie Nasihat Wanita Lain Tak Mengahwini Lelaki Tak Bekerja first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.