Ads Top

Main Ad

Setuju Tukar Nama Botol Arak, Pengeluar Mohon Tempoh Seminggu

Pengeluar arak jenama Timah dilaporkan telah bersetuju untuk menukar nama dan juga imej label produk keluaran mereka, seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semalam.

Advertisement

Menteri berkaitan, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, syarikat pengeluar arak terbabit, Winepark Corporation (M) Sdn. Bhd, telah meminta tempoh seminggu bagi membincangkan mengenai perkara tersebut dengan pemegang saham dan lembaga pengarah terlibat.

Alexander nanta linggiSumber : Google  

Perkara ini adalah antara hasil keputusan yang dicapai dalam pertemua wakil syarikat berkenaan bersama kerajaan pada Rabu lalu.

Pertemuan secara hybrid itu diadakan dalam suasana harmoni menghayati konesep keluarga Malaysia bagi mencapai satu kesepakatan demi kebaikan negara.

Dalam pada itu, Alexander menegaskan bahawa kerajaan mengambil maklum mengenai isu arak yang menggunakan jenama Timah yang dibincangkan di media sosial sejak ia mula dilancarkan pada awal Oktober lalu.

Arak timahSumber : Google  

Ujarnya lagi, kementerian melalui MyIPO perlu menambah baik prosedur yang membabitkan pelbagai kementerian serta agensi lain agar isu sama tidak berulang lagi kelak.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Setuju Tukar Nama Botol Arak, Pengeluar Mohon Tempoh Seminggu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.