Ads Top

Main Ad

Shahrulezad Bengang, Ada Kru Dan Pelakon Palsukan Sijil Vaksinasi Demi Untuk Bekerja

Pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin bengang dengan segelintir pelakon dan kru yang tidak jujur dan sanggup menipu dengan bertindak memalsukan sijil vaksinasi demi untuk bekerja.

Advertisement

Menerusi hantarannya di Instagram, Shahrulezad berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana kelak akan menyusahkan seluruh pasukan produksi.

Akhir-akhir ini, bertebaran khabar angin mengatakan ada beberapa artis yang sanggup berpakat dengan orang dalam untuk memalsukan sijil vaksin dalam aplikasi MySejahtera hanya kerana mahu namanya ‘lepas’ untuk turun menjalani penggambaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Tegasnya lagi, pihaknya tidak akan bertanggjungjawab jika ada mana-mana pihak termasuk pelakon mahupun kru yang menipu mengenai perkara tersebut.

Advertisement

Pada hantaran sama, Shahrulezad turut menghormati dan berterima kasih kepada pelakon yang berpegang dengan pendirian untuk tidak menipu dan jujur walaupun berkeras dan enggan mengambil vaksin.

 

Shahrulezad

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pengarah drama Nur itu dan menyifatkan mereka yang menipu itu sebagai individu tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri.

Tolong jangan susahkan orang lain.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Shahrulezad Bengang, Ada Kru Dan Pelakon Palsukan Sijil Vaksinasi Demi Untuk Bekerja first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.