Ads Top

Main Ad

Shalma Eliana Bersyukur Tak Alami ‘Gangguan Pelik’ Di Lokasi Filem Dendam Penunggu

Pelakon baharu Shalma Eliana kini terbabit dengan beberapa projek besar yang bakal melonjakkan namanya kepada lebih ramai peminat.

Advertisement

Shalma atau nama lengkapnya Shalma Eliana Bruhanutheen terbabit dalam filem Dendam Penunggu yang bakal menemui peminat menerusi tonton Cinema mulai 5 November ini.

Menurut Shalma, 21, dia gembira terbabit dalam filem ini kerana dikelilingi kawan-kawan sendiri seperti  Ismail Izzani, Bella Dowanna, Imran Aqil, dan ramai lagi.

Advertisement

Pengalaman berlakon semuanya okey sahaja dan menyeronokkan kerana kami semuanya kawan. Semuanya boleh serasi dan satu kepala.

Shalma berkata walaupun penggambaran memakan agak lama, tetapi tenaga semua pelakon sangat okey dan tidak terasa lama. Penggambaran dibuat di sebuah universiti di Kuala Lumpur dan kami berasa sangat selesa.

Shalma Eliana

Shalma yang melakonkan watak Maisarah atau Sarah bersyukur dia tidak mengalami sebarang gangguan wlaupun mengakui mempunyai perasaan seram sejuk kerana suasana sekitar gelap kerana penggambaran tamat jam 6 pagi.

Pengalaman yang paling susah saya lalui ialah untuk babak kena serang dengan makhluk halus. Saya tak pernah kena ganggu, namun saya cuba buat sebaik mungkin.

Biarpun sibuk dengan lakonan, Shalma mengakui tidak meminggirkan nyanyian dan akan tampil dengan single terbaharu, Your Loss yang dikeluarkan penghujung November ini.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Shalma Eliana Bersyukur Tak Alami ‘Gangguan Pelik’ Di Lokasi Filem Dendam Penunggu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.