Ads Top

Main Ad

“Siap Buat Lawak Nak ‘Imagine’..” – Netizen Desak Shuk Sahar Diboikot

Bukan hanya aktor Fauzi Nawawi tetapi pengacara rancangan tersebut iaitu Shuk Sahar turut terkena tempias kemarahan netizen kerana seolah-olah bersungguh mahu Fauzi menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai pengalaman melakonkan watak perogol dalam filem Anak Halal melibatkan aktres Raja Farah.

Advertisement

Ibarat menyimbah minyak ke api, perbuatan Shuk tersebut menambahkan amarah netizen terhadapnya yang selama ini dikecam susulan berkali-kali berlaku curang terhadap isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

Lebih teruk, terdapat netizen yang mempertikaikan mengapa dia masih diterima menjadi pengacara program televisyen sedangkan sering mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini.

Advertisement

Guna akallah nak buat kelakar. Fikirlah perasaan ibu bapa dan suami pelakon perempuan itu. Tolong boikotlah mereka.

Komen seorang netizen di Twitter berasa geram.

netizen boikot Shuk Sahar

Terdahulu tular sedutan temu bual menerusi program Rumah 107 yang dihoskan Khir Rahman dengan Shuk memaparkan Fauzi bersama dua tetamu undangan lain, Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy berkongsi tentang pengalaman watak jahat lakonan masing-masing.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkanplebagai kandungan menarik.

The post “Siap Buat Lawak Nak ‘Imagine’..” – Netizen Desak Shuk Sahar Diboikot first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.