Ads Top

Main Ad

‘Simple’ Tapi Menarik, Filem Netflix Sa Balik Baju Jadi Bualan Ramai

Sa Balik Baju Movie menampilkan kisah enam kisah wanita yang berbeza lakonan Mira Filzah, Nadiya Nisaa, Juliana Evans, Kaka Azraff, Sarancak dan Elena Moujing dan ia ditayangkan di Netflix pada 21 Oktober 2021.

Advertisement

Ia mengisahkan tentang enam orang wanita menempuhi liku-liku kehidupan dan cabaran di zaman millenial dalam media sosial, pekerjaan dan perhubungan. Sama ada mereka berjaya tempuhi segalanya dan mengubah menjadi lebih baik ataupun tidak.

reviu sa balik baju

Boleh dikatakan memang best kalau nak tengok! Semuanya connected, dari tentang Hak Peribody, Love Clicks, Bukan Salah Ibu Mengandung, Dalam Kain, Angkat Kaki dan Aset. 

Sebenarnya apa yang dipaparkan di dalam filem ini terjadi dikalangan masyarakat kita terutamanya. Dari filem ini juga, ia dapat membuka minda kita untuk berfikir dengan lebih positif, apatah lagi tentang media sosial. Hakikatnya semua bermula dengan satu.

Advertisement

reviu sa balik baju

Bila mana Dahlia berniaga di media sosial, Sierra menjadi perunding hubungan media sosial, Hannah jatuh cinta melalui media sosial dan bila Myra benci dengan passionnya ketika mengandung.

Walau bagaimanapun, kisah Aira dan Salina lebih kepada konfinden level yang tinggi dalam diri seorang wanita. Kisah mereka menunjukkan sebagai seorang wanita, kita seharusnya berasa konfiden dan tiada siapa boleh merendahkan diri wanita, selain diri kita sendiri.

reviu sa balik baju

Secara keseluruhannya, filem ni memang love sangat! Terutamanya cinemagrafi dia seperti filem Indie. Alah-alah karya arwah Yasmin Hamid tapi lebih kepada fresh. Boleh dikatakan kalau tengok Sa Balik Baju ini, anda memang akan rasa relate dengan setiap kisah-kisah yang dipaparkan dan banyak yang boleh dipelajari.

Kalau anda dah tengok, cuba komen sikit pandangan anda tentang filem ini, nak tahu juga!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post ‘Simple’ Tapi Menarik, Filem Netflix Sa Balik Baju Jadi Bualan Ramai first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.