Ads Top

Main Ad

Skrip Filem Frontliner ‘Ke Laut Dalam’, Azhan Rani Hanya Tenang Jawab Kritikan Netizen

Nampaknya lakonan pelakon berkaliber, Azhan Rani tidak menjadi dan mencapai standard apabila penampilannya sebagai doktor dalam naskah terbaharu, Frontliner teruk dikritik netizen dan juga peminat filem tempatan.

Advertisement

Ujar Azhan, dia menerima pelbagai cabaran ketika menjayakan watak tersebut kerana terpaksa berpanas dalam pakaian perlindungan diri (PPE).

Dia juga berasa akur dengan selera penonton serta tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

Advertisement

Saya tak nafikan apa yang orang cakap, setiap lakonan mungkin ada orang suka dan tak suka. Cuma saya ambil positif kerana niat asal cerita itu untuk mengangkat tema semangat frontliners..kita hormat dan rasa terima kasih kepada mereka.

Azhan juga tampil memohon maaf mengenai kekurangan dalam lakonannya di samping cuba untuk memandang segala kritikan daripada sudut positif kerana masih ada yang menerima baik filem tersebut berbanding kritikan negatif.

Antara ayat yang dilemparkan individu itu adalah “skrip ke laut dalam, boring, apa benda nak tunjuk entah dekat watak Azhan Rani. Korang rasa macam mana?” di mana ianya telah dimuat naik menerusi sebuah hantaran Facebook, semalam.

Komen FBSumber : Facebook  

Dalam pada itu,Azhan mendedahkan bahawa terlalu banyak benda yang terbatas dalam menjayakan filem itu seperti ketiadaan hospital sebenar dan uniform pihak berkuasa seperti polis dan askar sehingga terpaksa dibuat sendiri oleh kru penggambaran.

Malah, Azhan juga tidak dimaklumkan bahawa filem tersebut akan ditayangkan di saluran berbayar Netflix.

Sekadar info, filem Frontliner merupakan karya arahan Razif Rashid dan telah mula ditayangkan di Netflix bermula 30 September lalu.

Selain Azhan, filem itu turut dibintangi pelakon lain seperti Emma Maembong, Beto Kusyairy, Farah Ahmad, Wan Maimunah, Achey dan Ashraf Muslim.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Skrip Filem Frontliner ‘Ke Laut Dalam’, Azhan Rani Hanya Tenang Jawab Kritikan Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.