Ads Top

Main Ad

“Sori, Lamberttt Lagi..” Ditawarkan Untuk Muncul Di Stesen TV, Rita Rudaini Enggan Jadi Punca Kes COVID-19

Pelakon penuh kontroversi, Rita Rudaini tampil mendedahkan bahawa dia ada menerima tawaran daripada sebuah stesen televisyen bagi tujuan promosi produk.

Advertisement

Walau bagaimanapun, ujar Rita, dia enggan menerima tawaran tersebut berikutan dirinya masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19.

IG RitaSumber : Instagram Rita Rudaini  
Rita RudainiSumber : Instagram Rita Rudaini  

Perkara tersebut dikongsikan Rita menerusi beberapa hantaran di Instagram Story untuk tatapan pengguna media sosial.

Ada stesen TV ni nak sistur muncul untuk promosi..mmm.. Boleh pula ya nak guna orang tak vaksin, tak takut ke sistur nanti mengancam nyawa. Sorry, lamberttt lagi.

Jelas pelakon drama Shah Alam 40000 ini lagi, kemunculan sama ada secara talian tetap dikira sebagai perkhidmatan orang yang tidak mendapat vaksin COVID-19.

Advertisement

Dalam pada itu, Rita berkata dia tidak mahu menjadi punca dan penyebab kepada kes baru COVID-19 jika dirinya bersetuju untuk mengambil tawaran tersebut.

Terdahulu, Rita mengakui dirinya enggan mengambil vaksin kerana tidak yakin dengan keberkesanan suntikan pelali tersebut. Namun, dia tidak mahu digelar anti-vaksin dan lebih memilih untuk dipanggil sebagai prosafe berikutan tindakannya itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Sori, Lamberttt Lagi..” Ditawarkan Untuk Muncul Di Stesen TV, Rita Rudaini Enggan Jadi Punca Kes COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.