Ads Top

Main Ad

“Syarikat Produksi Saya Ambil Serius Tentang Isu Dadah, Tiada Kompromi..” – Penerbit Jaja Ishak

Baru-baru ini berlakunya isu dimana pelakon serta kru ditahan akibat pengambilan dadah, atas sebab itu, penerbit Jaja Ishak berharap agar semua syarikat produksi tempatan mengambil serius berkenaan dengan isu terbabit.

Advertisement

Menurut Jaja, dia turut mengingatkan agar tiada syarikat produksi yang mengamalkan konsep ‘selagi belum kantoi tidak mengapa’ bagi menutup kesalahan yang dilakukan oleh pelakon atau kru.

Saya berharap tiada penerbit yang mengamalkan konsep ‘selagi belum kantoi tidak mengapa’ kerana bimbang isu ini tidak berkesudahan. Sepatutnya perkara ini perlu dikekang dari awal kerana isu sebegini boleh memberi imej buruk kepada syarikat produksi lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaja Ishak (@jajaishak)

Tambahnya lagi kepada pihak Harian Metro, walaupun agar sukar untuk mengenal pasti pelakon atau kru yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, namun pihaknya tidak akan berkrompomi dengan perkara itu dan bakal menggugurkan nama mereka dari menyertai sesi pengambaran serta-merta.

Advertisement

Jaja Ishak dan produksi

Ketika ditanyakan perkembangan lain, Jaja memberitahu syarikat produksi miliknya iaitu Kembara Sufi Sdn Bhd sekarang ini sedang sibuk menjalani beberapa penggambaran dan antaranya adalah drama bersiri berjudul Saat Kau Takluk Cinta.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Syarikat Produksi Saya Ambil Serius Tentang Isu Dadah, Tiada Kompromi..” – Penerbit Jaja Ishak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.