Ads Top

Main Ad

Tadah Air Pastikan Bertutup, Aishah Harap Rakyat Selangor Bersabar Dilanda Ujian Tiada Air

Penyanyi lagu popular, Janji Manismu, Aishah mengakui dia antara insan terjejas akibat masalah gangguan bekalan air di Selangor pada ketika ini.

Advertisement

Ujar Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, ketiadaan air untuk kegunaan harian merupakan dugaan yang besar buat keluarganya apatah lagi ia akan berlanjutan selama beberapa hari.

Dia berkongsikan luahan rasa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan para peminat.

Advertisement

Aishah dalam pada itu turut memikirkan nasib orang lain yang mempunyai ahli keluarga yang lebih ramai terutamanya yang mempunyai anak kecil kerana ia pasti sesuatu yang sukar buat mereka.

Pesannya lagi, bekas takungan air hendaklah ditutup sentiasa agar tiada kecelakaan menimpa terutamanya anak-anak kecil yang mungkin bermain di kawasan simpanan tadahan air.

Kami tak ramai di rumah, tak boleh bayang keluarga yang ada anak-anak kecil, mesti stress level kaum mak-mak naik 2,3 hari ni. Nak kena takung air pastikan bertutup. Bahaya bila ada anak-anak kecil dengan air bertakung.

Penyanyi ini juga ada meminta tip yang boleh dilakukan ketika menghadapi masalah gangguan air agar dapat dimanfaatkan bersama peminat.

Ada di antara netizen mencadangkan agar memakai pinggan kertas buat sementara waktu selain meletakkan bekas air di sinki dapur bagi memudahkan urusan mencuci pinggan.

Terdahulu, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mengumumkan masalah bekalan air akan dihadapi oleh sesetengah penduduk di kawasan negeri Selangor dalam tempoh lebih kurang empat hari.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tadah Air Pastikan Bertutup, Aishah Harap Rakyat Selangor Bersabar Dilanda Ujian Tiada Air first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.